Tuesday, November 25, 2008

Leaving on a jet plane

FOTO TERAKHIR
1 APRIL 2008
JAM 11 AM

Foto ini merupakan foto terakhir dan hari tamat kerja buat miss hazimah, miss izzah, miss aini dan miss nadia, malangnya miss nadia tidak dalam foto ini. Pagi tu merupakan hari pertukaran kelas baru iaitu kelas pengurusan.

Dan pagi itu jugalah miss hazimah dan miss izzah pulang ke rumah mereka masing-masing, miss hazimah pulang ke selangor dan miss izzah pulang ke kedah. Malangnya aku tidak dapat membantu mereka mengemas rumah mereka sebab aku terpaksa pergi ke taklimat kelas pengurusan. Habis saja taklimat tersebut aku terus pulang rumah. Tiba- tiba aku terlihat miss hazimah,izzah dan aini di depan blok I. aku pun pergi berjumpa mereka buat kali terakhir.

Ketika itu hanya ada Naim, safwan, Zuhair, Taufik dan Mat sahaja yang berkesempatan berjumpa dengan miss hazimah, miss izzah, miss aini, pada ketika itu jugalah kami dengan handphone kami semua menangkap gambar miss hazimah, miss izzah, miss aini buat terakhir kali.

Masanya telah pun tiba, enjin kereta miss aini dan miss izzah pun sudah dihidupkan,
Tiada apa yang kami semua dapat ucapkan ketika itu hanya lambaian tangan kami sahaja yang menjadi mulut kami untuk mengtakan semoga berjumpa kembali.

Gear kereta pun telah dimasukkan, brek tangan pun telah dilepaskan lalu minyak pun ditekan…vroom…kereta miss aini dan miss izzah pun menginjap setapak demi setapak lalu membunyikan hon terakhir…goodbye students…

Inilah ungkapan yang kami ucapkan ketika itu : Goodbye miss…berhati-hati dilan raya
And jage deery……bye bye…assalamuailaikum…

No comments: